Ahad, 24 Jun 2012

Cinta Muslimah

Yang dicari walau bukan putera raja,
Biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya harta,
Asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
Asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
Asal perjuangan ada semangat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
Kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
Cukuplah akad nikah dan janji setia.
Dan yang terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati..

InsyaAllah.. aku redha dengan kehendak Ilahi.. =)