Jumaat, 6 April 2012

Kerana Iman Seorang Gadis



Seorang dari golongan Ansar yang tidak menarik rupanya serta berbadan pendek bernama Julailib. Beliau bukanlah berasal daripada daripada keluarga terkenal maka sukar baginya untuk mendapatkan jodoh. Beliau suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka, tetapi tiada siapa yang mahu menerimanya menjadi suami atau menantu. Keadaannya diketahui oleh Nabi SAW. dan ianya menjadi bahan fikiran baginda kerana manusia normal harus berumah tangga. oleh itu baginda berusaha mencarikan jodoh kepada Julaibib.
  "Wahai Fulan, engkau kahwinkan aku dengan anak gadis engkau," kata Nabi SAW kepada sahabat.
 
namun sahabat agak terkejut kerana mengingatkan Nabi ingin meminanag anaknya untuk baginda sendiri, Tetapi baginda memberitahu ianya untuk Julaibib, kemudian sahabat berkata "Ya Rasulullah, kalau untukd baiklah aku berunding dengan ibunya," jawab sahabat.

Ia pn segera pulang kerumah. Dalam hatinya bertanya2 jikalau isterinya menolak atau menerima. Jika pinangan Nabi sudah tentu tidak baik bagi seorang mukmin. Sahabat juga berfikir panjang bermenantukan pemuda seperti Julaibib, pasti akan menjadi bualan semua orang.

Sesudah sampainya sahabat di rumah, beliau pun menyatakan perkara tersebut kepada isterinya. Isterinya menolak,.apatah lagi ia pinangan untuk Julaibib.

Anak gadisnya mendengar perbicaraan kedua orang tuanya dan menolak Julaibib bermakna menolak ketentuan Rasul.

Gadis itu bersetuju mengahwini Julaibib, kerana baginya Rasulullah berbuat demikian kerana baginda tidak membiarkannya tersia-sia.
Mendengar permintaan tegas anaknya itu, sahabta bertemu Rasulullah kembali dan berkata "kehendakmu diterima Ya Rasulullah".

Nabi pun mengahwini Julaibib dengan gadis itu, sesungguhnya gadis itu mempunyai pandangan jauh serta iman yang tinggi. Beliau tidak memandang rupa yang tidak disukai orang, tetapi menghargai ketentuan Nabi terhadap dirinya. Demikianlah contoh gadis beriman yang menghargai ketentuan agamanya lebih utama.

"Ya Allah,, limpahkanlah keberkatanMu keatas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam susah payah" demikian Nabi mendoakan gadis itu.

Julaibib akhirnya gugur syahid, dan Rasulullah sendiri ikut sama dalam menyempurnakan jasadnya. Isterinya pula menjadi seorang janda terhormat..

Semoga bermanfaat>> ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan