Insafilah, hidup kita bukan seumpama burung di dalam sangkar emas, terpenjara dek nafsu yang tidak mengenal belas, tetapi akhirnya lelah & tewas. Tetapi kita ini adalah individu Muslim yang diuji dengan pilihan untuk mentaati atau mengingkari larangan ALLAH SWT. Semoga kita semua akan dihimpunkan di 'sana' nanti dengan cinta dan kasih Ilahi sebagai pasaknya.. =) InsyaAllah
Ahad, 15 Julai 2012
Baik Sangka..
Jika benar, maka tidak hairanlah wujud orang tua yang memberikan peluang kepada anak-anaknya untuk meneroka dunia sementara ini seluas-luasnya. Membiarkan mereka mengikut arus semasa yang ada.
Apabila anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat, si ibu dengan rela membela. Alasannya, "Anak dara saya ne walaupun pakai ketat, tidak tutup aurat, solat tetap dijaga, begitu juga mengaji al-Quran dan puasa. Mungkin ini berkat dari doa saya juga agaknya. Alah! ustazah yang berpakaian litup pun ada yang buat tak senonoh."
Apabila anak lelaki membawa keluar anak dara jiran tetangga berdekatan, si ayah dengan senang hati melepaskan. Alasannya, " Saya percaya pada anak saya, Lagipun, saya sudah kenal ibu bapa mereka, Dia tidak akan buat perkara-perkara yang saya tak suka."
Situasi ini dihangatkan pula oleh teman-teman yang menabur kata-kata sokongan.
"Pedulikan orang yang suka jaga tepi kain orang lain. Kita lebih kenal anak kita, bukan?? Orang sekarang ne ramai yang berfikiran sempit, tidak terbuka. Tidak sedar dai sendiri pun buat dosa."
Sikap seumpama ini dinamakan pula sebagai sangat memahami dan toleransi sehingga dengan senyuman dan yakin ibu bapa ini berkata, "Ya, memeng betul. Alah, sampai masa nanti, mereka akan dewasa, lebih matang dan menjadi manusia yang lebih baik. Kita dulu, macam tu jugak.
Apakah ini dinamakan baik sangka ibu bapa kepada anak-anak?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan