Insafilah, hidup kita bukan seumpama burung di dalam sangkar emas, terpenjara dek nafsu yang tidak mengenal belas, tetapi akhirnya lelah & tewas. Tetapi kita ini adalah individu Muslim yang diuji dengan pilihan untuk mentaati atau mengingkari larangan ALLAH SWT. Semoga kita semua akan dihimpunkan di 'sana' nanti dengan cinta dan kasih Ilahi sebagai pasaknya.. =) InsyaAllah
Ahad, 15 Julai 2012
Suatu Malam.. Bercinta hingga ke Syurga
Suami : Hari-hari macam ne,! naik bosanlah aku. Orang cakap bini aku tak pandai bergaya lah, itulah, inilah!!
Isteri : Awak.. Pedulikanlah kata-kata orang lain, saya kan isteri awak. Biarlah awak sahaja yang berhak ke atas saya.. (dengan nada lembut sayu)
Suami : Ni lah awak.! Kuno sangat. Boleh tak awak ubah sikit penampilan awak yang kampungan tuh!. Hari-hari pakai tudung, Eeee naik rimaslah saya.
Isteri :Tak apalah, saya macam ne kan untuk awak juga.. (sabar menahan karenah suami)
Suami : Untuk saya??? hahaha! jangan berlagak poloslah! dulu, bukan main lagi dengan skirt pendek awak tu, kehulu, kehilir. Sekarang, macam pembungkus nangka saja aku tengok. (kasar)
Isteri : Saya sayang awak, mulai dari sekarang, macam nelah penampilan saya. Maaf, saya tak akan ubah..
Suami : Sayang konon. (sambil mengejek)
Isteri datang dekat suami sambil melutut
Isteri : Awak... walaupun awak marah-marah saya macam ne,saya akan tetap bersabar. Saya taknak awak masuk neraka kerana gagal membimbing saya, tak menjaga kehormatan saya. Di dunia ne awaklah Imam saya, & saya makmum awak. di akhirat kelak awak jugalah suami saya... saya sayang awak, Zaujihku. (tersenyum)
Suami tergamam..
Bercintalah sampai ke SYURGA.. bimbinglah Isterimu agar engkau mencipta Syurga di dunia, Sebelum adanya Syurga di akhirat... Tabarakallah =)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan