Selasa, 3 April 2012

Kuasa 'Kun Fayakun' (tafsir ayat 82-83)


InsyaALLAH, Allah boleh buat segala2nya, Dengan 'kun fayakun'. Esok kita mati, kita hancur, kita jadi debu, Allah kata 'kun'- semua bangun daripada kubur. Dengan 'kun fayakun'. Allah SWT cipta Adam, tak ada ibu tak ada bapa, daripada tanah, dengan 'kun fayakun' . Allah ciptakan Isa alaihisalam, dengan Maryam, tanpa seorang bapa. Dengan 'kun fayakun' Allah letak Ibrahim di dalam api yang menyala, 40hari, Ibrahim sedikit pun tidak terkena api.

Allah boleh buat apa sahaja dengan 'kun fayakun'. adik, kakak, abang. Jangan putus asa dengan Allah. Kita ada penyakit yang bahaya, misalnya, doktor kata tak ada harapan lagi, balik. Tunggu. Dengan ayat ini kita minta- Innamaa amruhu.... Ya Allah Ya tuhanku, Dengan 'kun fayakun' buang segala penyakit hambaMu ini.

''Mahasuci Allah, segala malakut (kuasa) dan milik. Malakuutu kulli syai-in wa-ilaihi turja'uun. Apa saja-kuasa Allah. Apa saja-milik Allah. Dan kita semua akan kembali kepada Allah.

>>Semoga Bermanfaat<<   ^__^ <3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan