Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a meninggal dunia maka jenazahnya diusung oleh 4 orang, antaranya:-
1 Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2 Hasa (anak Fatimah)
3 Husin
4 Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW;
Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat @ orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dariku (akan aku layan dia seburuk-buruknya)".
Abu Laits as-Samarqandi berkata seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan a perkara semuanya:-
1 menjaga solatnya
2 bersedekah
3 membaca al-Quran
4 memperbanyakkan tasbih, kerana dengan bertasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun 4 perkara yang harus dijauhi iaitu:-
1 berdusta
2 mengkhianat
3 mengadu domba (jgn suka mencucuk sana cucuk sini)
4 kencing sambil berdiri
Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur berpunca dari kencing".
seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksa kubur, walaupun dia seorang alim ulama, @ seseorang anak yang bapanya dekat dengan Allah SWT. Sebaliknya kubur tidak memandang adakah orang itu miskin, kaya, atau org yang berkedudukan tinggi. Kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukannya semasa hidupnya.
Jangan sesekali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan 2 malaikat Mungkar & Nakir dengan cara kita menghafal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan