Selasa, 22 Mei 2012

Hidup Adalah Ibadah :Kejujuran saudagar permata

  pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh suadaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah saorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu, maka terjadilah jual beli diantara mereka.

satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya 400 dirham. saudara Yunus menunjukkan satu barang yang sebetulnya 200 dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tanpa diminta mengurangkannya. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bertanya kepada badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah barang dari kedainya. saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab , "400 dirham."
"Tetapi harganya 200 dirham sahaja, mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada kamu." kata saudara Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu, aku senang dengan harga 400 dirham itu, kerana harga barang ini paling murah 500 dirham jika dikampungku".
 
  Tetapi saudagar Yunus tidak melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya badwi itu agar mengikutnya ke kedainya &  bila tiba. Yunus kembalikan wang selebihnya kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar saudagar Yunus berkata kepada saudaranya. "Apakah engkau tidak malu & takut kepada Allah SWT atas perbuatanmu menjual perhiasan itu 2 kali ganda?" Marah saudagar Yunus.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga 400 dirham." Saudara Yunus cuba mempertahankan dirinya. "Ya, tapi diatas belakang kita terpikul 1 amanah untuk mempertahankan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga2 kita yang beriman, amatlah tepat. kerana ini amanah di jalan rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman & tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas & memberi rezeki & sesungguhnya aku harap bertemu Allah didalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan