Rabu, 23 Mei 2012

Antara Sabar & Mengeluh



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul haram. Di waktu tawaf tiba2 dia melihat seorang wanita yang bersinar & berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik & secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana dia tidak pernah risau & bersedih hati."

Tiba2 wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? demi Allah aku tetap dibelenggu oleh perasaan dukacita & luka hati kerana risau, & seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.
Abu Hassan bertanya, '' Bagaimana hal yang merisaukanmu?''

Lalu disuruhnya adiknya baring & disembelih leher adiknya itu. Kemudian dia ketakutan setelah melihat darah memancut keluar & dia lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan & ketika aku meletak bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba2 bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas , ditariknya periuk itu & tumpahlah air panas ke atasnya. Berita ini didengar oleh anakku yang telah berkahwin, dia pengasan sehingga menemui ajalnya. dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.
Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi musibah yang sngat hebat ini?"

wanita itu menjawab , "Tiada sesiapa pun yang dapat membezakan antara sabar & mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik & terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni yang sia2 belaka."

Demikianlah berita diatas, 1 cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama & harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah apabila mendapat musibah 7 dugaan dari Allah SWT. kerana itu Rasullah SAW bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi;
"Tiada balasan bagi hamba-Ku yang mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian dia sabar, melainkan syurga baginya". 

>>semoga bermanfaat<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan