ada seorang wanita tua yang taat pada agama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama & tidak mahu berbuat kebaikkan.
wanita itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap & setiap kali hendak memulakan sesuatu. Suaminya tidak suka isterinya & sentiasa mengejek isterinya. Suaminya berkata, "Asyik Bismillah,Bismillah, kejap2 Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
"suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan2mu itu", kata suaminya.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan sejumlah wang yang banyak kepada isterinya sambil berkata, 'simpan wang ini." Isterinya mengambil wang itu & menyimpannya di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. kemudian dengan senyap2 dia mengambil wang tersebut & mencampakkannya kedalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari, suaminya memanggil isterinya & berkata "berikan padaku wang yang aku minta kau simpan itu." kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suminya dengan berhati2 dia menghampiri tempat dia menyimpan wang itu & membukanya sambil mengucapkan "Bismillahirrahmanirrahim." ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit & menyerahkan wang itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah & mengaku segala perbuatannya, ketika itu dia juga bertaubat & mula mengerjakan perintah Allah SWT. Malah dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..
alhamdulillah. .
BalasPadam;)
Padam