Rabu, 26 September 2012

cerita seorang gadis...

Cerita seorang gadis yang dibesarkan di sebuah rumah kecil dan serba kekurangan di lereng bukit. gadis itu gemar bermain di tengah-tengah padang bak 'taman' alam semula jadi yang luas dan indah berhampiran rumahnya. Saban hari, sambil bermain, dia mengkhayalkan kehidupan bak puteri di dalam istana yang megah dan mewah.

Cintanya pada keluarga tidak dinafi, tetapi impiannya yang satu ini kerap meng'hantui' !

"Betapa beruntungnya andai aku bergelar seorang puteri. setidak-tidaknya, menjadi anak hartawan ternama saja sudah memadai berbanding kehidupanku yang miskin ini".

Suatu ketika, setelah meningkat dewasa, sedang dia menghabiskan masanya sebagaimana biasa di padang tersebut, tiba-tiba dia melihat di kejauhan pancaran keemasan dari sebuah rumah yang besar di atas sebuah lereng bukit yang bersetentang. Seakan-akan rumah itu diperbuat daripada emas dan permata yang bersinar-sinar! tingkap, pintu, bahkan dinding dan atapnya, semuanya memancarkan cahaya seiring terik mentari di langit tinggi.

Belum pernah dia melihat rumah sebegitu indah!

"oh, siapakah empunya rumah itu? Indah sungguh bentuknya! pasti penghuni di dalamnya juga dikelilingi rasa bahagia," bisik si gadis teruja.

Perlahan-lahan dia menapak menuruni bukit rumah kecilnya menuju ke bukit yang menempatkan rumah besar itu.

Keghairahannya untuk melihat dengan lebih dekat kecantikan rumah besar itu membuatkannya belari sekuat hati. Biar cepat sampai!

Namun, tatkala kakinya berada betul-betul di hadapan pintu rumah itu, dengan tarikan nafas yang masih tercungap-cungap kepenatan, matanya yang bulat itu hanya menyaksikan sebuah rumah usang dengan warna pintu,tingkap dan dinding yang kian pudar. Tiada kedengaran gelak tawa, sekeliling sunyi sepi. Tiada penghuni.

"Benarkah ini rumah besar yang keemasan itu?'' si gadis bermonolog sendiri.

Perlahan-lahan, dia membalikkan badan, membelakangi rumah besar yang disangkanya sangat indah itu dan mulai melangkah menuju rumah kecilnya. Sedih dan kecewa. Akan tetapi ..... Alangkah terkejutnya si gadi. bagai mahu luruh tangkai jantungnya kerana si atas kecil yang keemasan! Sinar matahari menambahkan cantik sinar rumah itu.

Kini dia sedar, selama ini dia tidak bermimpi. bayangan kasih sayang daripada kedua ibu bapanya menguasai jiwanya, Bersama keindahan alam semula jadi yang menceriakan hidupnya setiap ketika, rumah kecilnya itu sebenarnya adalah sebuah rumah yang paling 'mewah & indah'.

Ia ada di hadapan tanpa pernah dia sedar kewujudannya!

Si gadis akhirnya tersenyum. Senyuman paling manis dirasakan sepanjang hidupnya!

Selasa, 17 Julai 2012

Etika Ukhuwwah kerana ALLAH SWT ^^


Budayakan Sifat Saling Menghormati Menurut Abu Bakar Al-Jazaiiri bahawa seorang Muslim terhadap saudaranya adalah saling menghormati . Yang kecil menghormati yang besar, yang besar menghargai yang kecil. Rasulullah SAW bersabda: "barang siapa yang tidak menghormati (orang lain) maka dia tidak akan dihormati (oleh orang lain)."

Terbuka Terhadap Sahabatmu Sahabat adalah sebahagian dari hidup seseorang. sahabat adalah tempat berkongsi rasa. Hendaklah seorang sahabat merasa senang, jika yang lain senang, merasa susah jika sahabat lagi susah. Sahabat adalah tempat curahan hati. Setiap permasalahan yang dihadapi  mampu dicurahkan dan diluahkan kepada sahabat.

Jujur Vs Dusta Dalam interaksi sosial, manusia tidak pernah lepas dari komunikasi dan berbincang dengan orang lain. Komunikasi atau ucapan merupakan salah satu kabel penyambung antasa satu orang dengan orang yang lain. Dalam erti kata lain, bahawa sesuatu yang dibuat-buat atau memutarbelitkan fakta akan menimbulkan kebencian yang mendalam jika keadaan yang sebenarnya terungkap.

Jangan membuka cela sahabatmu Setiap manusia tidak ingin kesalahan & kekhilafannya diketahui oleh orang lain. Maka dari itu Islam mengajarkan umatnya agar tidak membuka apa lagi menyebarkan aib orang lain. Merupakan suatu cela yang sangat besar, bila seseorang membuka cela & aib sahabatnya terutama di hadapan orang lain. Aib yang ada pada sahabat atau teman harus ditutup orang lain. Allah SWT akan menutupi aib seseorang selama orang tersebut mampu menjaga & menutup aib orang lain. Rasulullah SAW bersabda : "barang siapa menutupi aib orang lain di dunia, maka Allah SWT akan menutup aibnya d hari kiamat nanti"

Tepati janji, Nescaya akan timbul rasa saling percaya "Janji adalah hutang." itulah kata-kata bijak yang sering diungkapkan oleh mereka yang membuat perjanjian. Memang demikian Islam mengajarkan umatnya kerana sesuatu yang dijanjikan adalah harapan bagi orang lain. Maka dari itu, tepatilah janji yang kita ucapkan kepada sahabat kita. Bagaimana perasaan anda ketika ada orang berjanji kepada anda kemudian dia tidak menepatinya..? Tentu kecewa. Bahkan anda akan meraasa kurang percaya lagi padanya. Lebih-lebih jika ia sudah berulang kali ia mengkhianati perjanjian dengan anda.
Bagi Nana, sahabat umpama warna yang pelbagai, berbeza wrna & kegunaan.. selain itu, sahabat saling melengkapi antara 1 sama laen.. ^__^

Biar Bertudung, RAMBUT perlu dijaga -- > Info KeCaNtIKaN si anak gadis..

"Alamak, rambut saya teruk betullah! sudahlah banyak yang gugur hujungnya, bercabang pula.. :( macam mana ne??" Walaupun awak bertudung, awak xboleh pandang ringan soal rambut tau.... Ia penting dan jika tidak dijaga dgn rapi, rambut anda akn mnjadi lebih teruk.."

"Ermmmm... Habislah saya.."  :'(
Tidak kiralah anda bertudung @ x.. rambut adalah aset bernilai yang seharusnya diberi perhatian. Sama ada
bertudung @ pun x, anda harus menjaga mahkota anda dengan hijab yang dipakai, namun ia rosak kerana sikap sambil lewa anda. Dalam ruangan kecantikan kali ini.. Ziana ingin memberi beberapa tips yang boleh anda ikuti untuk menjaga anugerah Allah SWT ini..! ^^

<3 Cuci Rambut..  ^_^
Sebaik-baiknya bersyampulah empat kali seminggu. Ini adalah untuk menggelakkan masalah rambut berbau & kelemumur. Ingin diingatkan, gosok perlahan kulit kepala untuk mengelakkan ia daripada terluka. Pastikan syampu mengenai keseluruhan kulit kepala & rambut anda. Pilih syampu yg sesuai dengan jenis rambut anda..! ^^

<3 Oleskan perapi ^_^
Ia sebenarnya antara elemen pnting dlm menjaga kesihatan rambut. Ia xbaik diamalkan selalu. ttp khasiatnya masaih diperlukan. Katakan anda mencuci rambut 3x seminggu, pastikan 2 kali drpdnya anda oleskan dgn perapi. Bukan lama pun, alang-alang sudah bersyampu. Untuk hasil lebih baik, bungkuskan rambut selama 10-50 minit..!

<3 Bilas dengan air bersih ^_^
Air sejuk & air bersih boleh menyinarkan rambut. Suhu air dingin memberi keselesaan kepada kulit kepala . Elakkan membasuh rambut dengan air yang hangat kerana ia membuatkan kulit kepala menjadi lembut & cenderung utk cedera..

<3 Guna sikat yang seswai ^_^
Jika anda mempunyai rambut panjang & tebal, gunakn sikat bergigi jarang. Jika rambut halus, tiasa masalah sekiranya anda mahu menggunakan sikat bergigi rapat. Terpulang kepada keselesaan anda. ^_^ Sebaik-baiknya, gunakan sikat yg seswai mengikut saranan pakar d salun..

 

Semoga bermanfaat.. ^_^

Ahad, 15 Julai 2012

Baik Sangka..





Jika benar, maka tidak hairanlah wujud orang tua yang memberikan peluang kepada anak-anaknya untuk meneroka dunia sementara ini seluas-luasnya. Membiarkan mereka mengikut arus semasa yang ada.

Apabila anak perempuan yang telah baligh tidak menutup aurat, si ibu dengan rela membela. Alasannya, "Anak dara saya ne walaupun pakai ketat, tidak tutup aurat, solat tetap dijaga, begitu juga mengaji al-Quran dan puasa. Mungkin ini berkat dari doa saya juga agaknya. Alah! ustazah yang berpakaian litup pun ada yang buat tak senonoh."

Apabila anak lelaki membawa keluar anak dara jiran tetangga berdekatan, si ayah dengan senang hati melepaskan. Alasannya, " Saya percaya pada anak saya, Lagipun, saya sudah kenal ibu bapa mereka, Dia tidak akan buat perkara-perkara yang saya tak suka."

Situasi ini dihangatkan pula oleh teman-teman yang menabur kata-kata sokongan.

"Pedulikan orang yang suka jaga tepi kain orang lain. Kita lebih kenal anak kita, bukan?? Orang sekarang ne ramai yang berfikiran sempit, tidak terbuka. Tidak sedar dai sendiri pun buat dosa."

Sikap seumpama ini dinamakan pula sebagai sangat memahami dan toleransi sehingga dengan senyuman dan yakin ibu bapa ini berkata, "Ya, memeng betul. Alah, sampai masa nanti, mereka akan dewasa, lebih matang dan menjadi manusia yang lebih baik. Kita dulu, macam tu jugak.

Apakah ini dinamakan baik sangka ibu bapa kepada anak-anak?

Ana Muslims.. we r proud to be muslim.. =)























Suatu Malam.. Bercinta hingga ke Syurga


Suami : Hari-hari macam ne,! naik bosanlah aku. Orang cakap bini aku tak pandai bergaya lah, itulah, inilah!!

Isteri : Awak.. Pedulikanlah kata-kata orang lain, saya kan isteri awak. Biarlah awak sahaja yang berhak ke atas saya.. (dengan nada lembut sayu)

Suami : Ni lah awak.! Kuno sangat. Boleh tak awak ubah sikit penampilan awak yang kampungan tuh!. Hari-hari pakai tudung, Eeee naik rimaslah saya.

Isteri :Tak apalah, saya macam ne kan untuk awak juga.. (sabar menahan karenah suami)

Suami : Untuk saya??? hahaha! jangan berlagak poloslah! dulu, bukan main lagi dengan skirt pendek awak tu, kehulu, kehilir. Sekarang, macam pembungkus nangka saja aku tengok. (kasar)

Isteri : Saya sayang awak, mulai dari sekarang, macam nelah penampilan saya. Maaf, saya tak akan ubah..

Suami : Sayang konon. (sambil mengejek)

Isteri datang dekat suami sambil melutut

Isteri : Awak... walaupun awak marah-marah saya macam ne,saya akan tetap bersabar. Saya taknak awak masuk neraka kerana gagal membimbing saya, tak menjaga kehormatan saya. Di dunia ne awaklah Imam saya, & saya makmum awak. di akhirat kelak awak jugalah suami saya... saya sayang awak, Zaujihku. (tersenyum)

Suami tergamam..

Bercintalah sampai ke SYURGA.. bimbinglah Isterimu agar engkau mencipta Syurga di dunia, Sebelum adanya Syurga di akhirat... Tabarakallah =)

Ahad, 24 Jun 2012

Cinta Muslimah

Yang dicari walau bukan putera raja,
Biarlah putera agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya harta,
Asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani,
Asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat,
Asal perjuangan ada semangat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,
Kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata,
Cukuplah akad nikah dan janji setia.
Dan yang terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati..

InsyaAllah.. aku redha dengan kehendak Ilahi.. =)