Insafilah, hidup kita bukan seumpama burung di dalam sangkar emas, terpenjara dek nafsu yang tidak mengenal belas, tetapi akhirnya lelah & tewas. Tetapi kita ini adalah individu Muslim yang diuji dengan pilihan untuk mentaati atau mengingkari larangan ALLAH SWT. Semoga kita semua akan dihimpunkan di 'sana' nanti dengan cinta dan kasih Ilahi sebagai pasaknya.. =) InsyaAllah
Isnin, 16 April 2012
Chantek*
Definisi cantik**
>>setiap apa yang menyenangkan itu cantik. Pemandangan lautan yang terbentang luas cukup cantik!. Cantik manusia ada pada adab, akhlak, ilmunya dan bagaimana mereka menggunakan ilmu itu untuk membantu insan lain. Mother Teresa sangat cantik, Jemilah Mahmood juga cantik. Terlalu sempit apabila cantik dikaitkan dengan mereka yang berwajah sempurna.. IIssh... definisi cantik adalah wanita bertudung labuh yang kaya dengan akhlak dan ilmu. ^_^
Kalau dah cantik tu, Pakai tudung lagi cantik**
>> Mungkin ada betulnya. Tapi "lerbih" cantik memakai hijab. Yang penting cantik pada Allah. Buat apa mahu cantik dihadapan masyarakat?? Allah berjanji memberi syurga dan rahmat, cukuplah Allah sayang saya.
Diri kita ibarat intan berlian, jika dijaga & disimpan rapi nilai dan harganya juga semakin tinggi.
Jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual ditepi jalanan. Terdedah & dipegang, akhirnya rosak & basi..
>Cintamu solehah, Cantikmu Dunia<
Ahad, 8 April 2012
Membina Hati Kita..
Kuat sungguh kayu akar,
Dilentur boleh dipatah tak dapat,
Amanah bersulam dengan sabar,
Pasti berjaya setiap saat.
Pucuk manis pucuk lagundi,
Daun purut digetus rusa,
Yang manis itu budi,
Yang sinar itu akhlak mulia.
Biarlah kita menjadi dahan,
Menggalas tugas dengan kompeten
agar menjadi tempat bergantung.
Jangan disangka yang diam itu buntu,
Jangan disangka yang bising itu celupar,
Jangan sangka yang tua itu mendekati mati,
Yang sangka yang muda itu maut jauh lagi.
Dilentur boleh dipatah tak dapat,
Amanah bersulam dengan sabar,
Pasti berjaya setiap saat.
Pucuk manis pucuk lagundi,
Daun purut digetus rusa,
Yang manis itu budi,
Yang sinar itu akhlak mulia.
Biarlah kita menjadi dahan,
Menggalas tugas dengan kompeten
agar menjadi tempat bergantung.
Jangan disangka yang diam itu buntu,
Jangan disangka yang bising itu celupar,
Jangan sangka yang tua itu mendekati mati,
Yang sangka yang muda itu maut jauh lagi.
Sabtu, 7 April 2012
Perihal Ahli Neraka
Suatu masa, Rasulullah saw ketawa sampai nampak gigi taringnya. (Rasulullah tidak pernah ketawa sampai nampak gigi taring. Tidak serupa kita ini sampai barang dalam pun nampak). Fatimah Zahra' pun tanya: Tolonglah beritahu mengapa kamu ketawa?
Rasulullah kata: Aku ketawa Fatimah - orang munafik di hari kiamat, Allah tanya mengapa tidak sembahyang? Dia munafik, dia tipu Tuhan sampai kiamat pun dia tipu lagi. "Eh, sembahyang. Malaikat salah tulis. Saya sembahyang."
Allah berkata: Betulkah salah tulis? Mari tutup mulut dia.
Setelah mulutnya ditutup, kaki dia bercakap, tangan dia bercakap. Itulah - Alyauma nakhtimu 'alaa afwaahihim... Anggota badan kita sendiri,
saudara saudari, bersaksi atas perbuatan kita sendiri di hari kiamat. Cuba fikir - tangan yang hari-hari kita bubuh krim, hari-hari potong kuku, hari-hari pakai cincin, esok bercakap kepada Allah, apa yang kita usaha, apa yang kita lalai. Bimaa kaanuu yaksibuun.
Wallahualam..
Kemboja Taqwa
Berkelopok peribadi
dalam rindu hakiki,
Pohon kasih memuncak
kelangit reda,
Tiada yang lebih wangi,
di kebun hayat,
selain kembang taqwa,
merendang ke akhirat.. n_n*
dalam rindu hakiki,
Pohon kasih memuncak
kelangit reda,
Tiada yang lebih wangi,
di kebun hayat,
selain kembang taqwa,
merendang ke akhirat.. n_n*
Menyantuni anak yatim
Dua orang anak yatim datang menemui Rasulullah. Mereka masih kanak-kanak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Ketika itu Rasulullah dan para sahabat sedang duduk berehat.
"Ya Rasulullah, kami anak yatim. Berikan kami dari apa yang dillimpahkan Allah kepada engkau akan kami terima." demikian mereka mengadu nasib dan mengharapkan pertolongan dari Rasulullah.
"Alangkah bagusnya kata-katamu wahai anak!" kata Rasulullah menyambut dan menyanjung kedua anak yatim itu.
"Wahai Bilal, pergilah ke rumah keluargaku, bawalah kemari makanan yang ada pada mereka," demikian Rasulullah memerintahkan Bilal, dan Bilal segeralah pergi.
Anak yatim ini telah kematian ibu bapa, maka menjadi kewajipan bersama menolong mereka dan sekali-kali tidak boleh disia-sia atau mengabaikan mereka terlantar. Rasulullah sangat menyayangi mereka dan menganjurkan sahabat serta umat Islam supaya membantu anak yatim.
Bilal kembali dengan membawa 21 biji buah tamar sebagai makanan yang ada pada waktu itu.
"7 biji untuk kamu, 7 biji ini berikan kepada ibumu dan 7 baki untuk adik kamu", kata Rasulullah.
"makan pagi dengan tamar ini, pun dengan tamar ini untuk makan malam," demikian Rasulullah saw selanjutnya membimbing mereka berjimat dengan makanan.
Alangkah gembiranya anak-anak tyatim dan tentu sekali ibu mereka kerana mendapat buah tamar dan mendengar perlakuan Rasulullah saw terhadap mereka walaupun ayahnya sudah tiada tetapi kaum Muslimin tetap perhatian terhadap mereka.
Sewaktu anak itu hendak pulang, mereka diikiuti oleh Muadz dan mengampiri anak yatim lalu mengusap kepala mereka dengan kasih sayang.
"wahai anak, semoga Allah memberi kebaikan dalam keyatiman engkau. Dijadikan engkau pengganti ayahmu (seorang mujahid)," demikian kata muadz.
Rasulullah menyanjungi perbuatan Muadz yang murni dan perlakuan itu boleh menanamkan perasaan baik kedalam jiwa mereka.
Demikianlah kemuliaan ajaran Islam dalam memelihara anak yatim. dipelihara jasmani dan rohani mereka dengan baik. Mereka diberikan makanan yang secukupnya dan digembirakan dengan mengusap rambut mereka sepenuh kasih sayang. (n_n) Itulah tuntutan Rasulullah s.a.w.
Fadhilat Yasin
Ada beberapa hadis dhaif. Tetapi walaupun dhaif kita boleh juga ambil untuk amal. Antara hadis dhaif itu " barang siapa membaca yasin sebelum tidur, sama banyak dengan khatam quran sepuluh kali". Seelok-eloknya apa salahnya sunnah Nabi kita baca setiap malam sebelum tidur.
Kebanyakkan orang Melayu kita baca yasin malam jumaat, padahal pada malam jumaat sepatutnya bukan baca yasin, tetapi baca surah al-Kahfi. Yasin tiap2 malam sebelum tidur atau diantara waktu maghrib dan isyak.
Rasulullah berkata, "barang siapa baca yasin dan dia mati pada malam itu dan dia baca yasin dan fahaminya, Allah akan mengampuni dosanya". (riwayat imam Ahmad)
Kebanyakkan orang Melayu kita baca yasin malam jumaat, padahal pada malam jumaat sepatutnya bukan baca yasin, tetapi baca surah al-Kahfi. Yasin tiap2 malam sebelum tidur atau diantara waktu maghrib dan isyak.
Rasulullah berkata, "barang siapa baca yasin dan dia mati pada malam itu dan dia baca yasin dan fahaminya, Allah akan mengampuni dosanya". (riwayat imam Ahmad)
Jumaat, 6 April 2012
Kerana Iman Seorang Gadis
Seorang dari golongan Ansar yang tidak menarik rupanya serta berbadan pendek bernama Julailib. Beliau bukanlah berasal daripada daripada keluarga terkenal maka sukar baginya untuk mendapatkan jodoh. Beliau suka mendekati wanita dan berbicara dengan mereka, tetapi tiada siapa yang mahu menerimanya menjadi suami atau menantu. Keadaannya diketahui oleh Nabi SAW. dan ianya menjadi bahan fikiran baginda kerana manusia normal harus berumah tangga. oleh itu baginda berusaha mencarikan jodoh kepada Julaibib.
"Wahai Fulan, engkau kahwinkan aku dengan anak gadis engkau," kata Nabi SAW kepada sahabat.
namun sahabat agak terkejut kerana mengingatkan Nabi ingin meminanag anaknya untuk baginda sendiri, Tetapi baginda memberitahu ianya untuk Julaibib, kemudian sahabat berkata "Ya Rasulullah, kalau untukd baiklah aku berunding dengan ibunya," jawab sahabat.
Ia pn segera pulang kerumah. Dalam hatinya bertanya2 jikalau isterinya menolak atau menerima. Jika pinangan Nabi sudah tentu tidak baik bagi seorang mukmin. Sahabat juga berfikir panjang bermenantukan pemuda seperti Julaibib, pasti akan menjadi bualan semua orang.
Sesudah sampainya sahabat di rumah, beliau pun menyatakan perkara tersebut kepada isterinya. Isterinya menolak,.apatah lagi ia pinangan untuk Julaibib.
Anak gadisnya mendengar perbicaraan kedua orang tuanya dan menolak Julaibib bermakna menolak ketentuan Rasul.
Gadis itu bersetuju mengahwini Julaibib, kerana baginya Rasulullah berbuat demikian kerana baginda tidak membiarkannya tersia-sia.
Mendengar permintaan tegas anaknya itu, sahabta bertemu Rasulullah kembali dan berkata "kehendakmu diterima Ya Rasulullah".
Nabi pun mengahwini Julaibib dengan gadis itu, sesungguhnya gadis itu mempunyai pandangan jauh serta iman yang tinggi. Beliau tidak memandang rupa yang tidak disukai orang, tetapi menghargai ketentuan Nabi terhadap dirinya. Demikianlah contoh gadis beriman yang menghargai ketentuan agamanya lebih utama.
"Ya Allah,, limpahkanlah keberkatanMu keatas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam susah payah" demikian Nabi mendoakan gadis itu.
Julaibib akhirnya gugur syahid, dan Rasulullah sendiri ikut sama dalam menyempurnakan jasadnya. Isterinya pula menjadi seorang janda terhormat..
Semoga bermanfaat>> ^_^
Cukilan sajak Ibunda Rasulullah SAw,..
Wahai anakku Muhammad!
Allah melimpahkan berkat
pada engkau,
Wahai anakku dari ibu,
yang sedang menghadapi maut.
Engkau,
Diutuskan Allah kepada manusia
dalam lingkungan Halal dan Haram,
Engkau dibangkitkan Allah
membantu tauhid dan iman
agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau
tidak bolah mendekati berhala,
Jangan bersama golongan itu.
(Cukilan sajak Aminah binti Wahab, Ibunda
Nabi Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main disampingnya) ^_^
Allah melimpahkan berkat
pada engkau,
Wahai anakku dari ibu,
yang sedang menghadapi maut.
Engkau,
Diutuskan Allah kepada manusia
dalam lingkungan Halal dan Haram,
Engkau dibangkitkan Allah
membantu tauhid dan iman
agama nenek engkau Ibrahim.
Allah melarang engkau
tidak bolah mendekati berhala,
Jangan bersama golongan itu.
(Cukilan sajak Aminah binti Wahab, Ibunda
Nabi Muhammad yang berusia 6 tahun dan sedang bermain-main disampingnya) ^_^
Selasa, 3 April 2012
Mengapa Yasin Jantung al-quran
Sebelum kita mentafsir Yasin ayat demi ayat. Kita harus mengetahui secara umum, mengapa Rasulullah SAW panggil Yasin "jantung Al-Quran". Jantung bererti tempat yang paling mustahak. Maklumlah Tubuh Badan kita ini tempat yang paling mustahak ialah jantung.
Rasulullah panggil Yasin jantung Al-quran kerana banyak ilmu dalam Al-quran ada dalam Yasin. Contohnya, ilmu kenabian Nabi Muhammad SAW; Yaasiin. Wal-Quraanil hakim. Innaka laminal mursaliin. A'laa siraatin mustaqiim.(ayat 1-4). Itu kanabian Nabi Muhammad.
Ilmu pertanian - Wa-aayatun lahumul ardhul maitatu ahyaunaha wa-akhrajna minha habban faminhu yak-kuluun. (ayat 33). Bumi yang kemarau, yang mati, apabila hujan turun ia hidup balik. Itu ilmu pertanian.
Wa-aayatun lahumul lailu naslakhu minhu nahaara fa'izaahum mudhlimuun. (ayat 37). Ilmu falak. siang , malam, matahari, bulan- itu ilmu falak.
Wa-aayatun lahum laihum annaa hamalza zurriyyatahum filfukil masyhun, (ayat 41) . ilmu laut- apa yang didalam laut? Kapal. Semenjak zaman Nabi Nuh lagi.
Awalam yarau annaa khalaqna lahum mimmaa 'amilat aidinaa an'aaman fahum lahaa maalikum. (ayat 71). ilmu binatang.
Awalam yaral insaanu annaa khalaqnahu min nutfatin fa'izaa huwa khosiimun mubiin. (ayat 77) ilmu ciptaan manusia.
Wayaquuluuna mataa haazal wa'du inkutum sodiqiin. (ayat 48). ilmu kiamat
SubhanAllah. ilmu kanabian Nabi Muhammad, ilmu binatang, ilmu pertanian, ilmu laut, ilmu falak, ilmu kiamat. Jadi mana Ilmu yang tiada dalam Yasiin? Kerna inilah Rasulullah bersabda; "Yasin jantung Al-quran.
Rasulullah panggil Yasin jantung Al-quran kerana banyak ilmu dalam Al-quran ada dalam Yasin. Contohnya, ilmu kenabian Nabi Muhammad SAW; Yaasiin. Wal-Quraanil hakim. Innaka laminal mursaliin. A'laa siraatin mustaqiim.(ayat 1-4). Itu kanabian Nabi Muhammad.
Ilmu pertanian - Wa-aayatun lahumul ardhul maitatu ahyaunaha wa-akhrajna minha habban faminhu yak-kuluun. (ayat 33). Bumi yang kemarau, yang mati, apabila hujan turun ia hidup balik. Itu ilmu pertanian.
Wa-aayatun lahumul lailu naslakhu minhu nahaara fa'izaahum mudhlimuun. (ayat 37). Ilmu falak. siang , malam, matahari, bulan- itu ilmu falak.
Wa-aayatun lahum laihum annaa hamalza zurriyyatahum filfukil masyhun, (ayat 41) . ilmu laut- apa yang didalam laut? Kapal. Semenjak zaman Nabi Nuh lagi.
Awalam yarau annaa khalaqna lahum mimmaa 'amilat aidinaa an'aaman fahum lahaa maalikum. (ayat 71). ilmu binatang.
Awalam yaral insaanu annaa khalaqnahu min nutfatin fa'izaa huwa khosiimun mubiin. (ayat 77) ilmu ciptaan manusia.
Wayaquuluuna mataa haazal wa'du inkutum sodiqiin. (ayat 48). ilmu kiamat
SubhanAllah. ilmu kanabian Nabi Muhammad, ilmu binatang, ilmu pertanian, ilmu laut, ilmu falak, ilmu kiamat. Jadi mana Ilmu yang tiada dalam Yasiin? Kerna inilah Rasulullah bersabda; "Yasin jantung Al-quran.
Kuasa 'Kun Fayakun' (tafsir ayat 82-83)
InsyaALLAH, Allah boleh buat segala2nya, Dengan 'kun fayakun'. Esok kita mati, kita hancur, kita jadi debu, Allah kata 'kun'- semua bangun daripada kubur. Dengan 'kun fayakun'. Allah SWT cipta Adam, tak ada ibu tak ada bapa, daripada tanah, dengan 'kun fayakun' . Allah ciptakan Isa alaihisalam, dengan Maryam, tanpa seorang bapa. Dengan 'kun fayakun' Allah letak Ibrahim di dalam api yang menyala, 40hari, Ibrahim sedikit pun tidak terkena api.
Allah boleh buat apa sahaja dengan 'kun fayakun'. adik, kakak, abang. Jangan putus asa dengan Allah. Kita ada penyakit yang bahaya, misalnya, doktor kata tak ada harapan lagi, balik. Tunggu. Dengan ayat ini kita minta- Innamaa amruhu.... Ya Allah Ya tuhanku, Dengan 'kun fayakun' buang segala penyakit hambaMu ini.
''Mahasuci Allah, segala malakut (kuasa) dan milik. Malakuutu kulli syai-in wa-ilaihi turja'uun. Apa saja-kuasa Allah. Apa saja-milik Allah. Dan kita semua akan kembali kepada Allah.
>>Semoga Bermanfaat<< ^__^ <3
buat kita semua... ^__^
Basahilah hati kita dengan air kesejukan iaitu ketakwaan dan keimanan.
Jangan biarkan kita dibasuh dengan lumpur dosa yang akan mengotori hati kita, jagalah hati kita,
kerana dengan menjaga hati,
seluruh tubuh akan terjaga termasuklah lisan, tangan dan kaki..
>>semoga bermanfaat<<
Jangan biarkan kita dibasuh dengan lumpur dosa yang akan mengotori hati kita, jagalah hati kita,
kerana dengan menjaga hati,
seluruh tubuh akan terjaga termasuklah lisan, tangan dan kaki..
>>semoga bermanfaat<<
Langgan:
Catatan (Atom)