Rabu, 23 Mei 2012

Berkat di Sebalik Ucapan "Bismillah"

ada seorang wanita tua yang taat pada agama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama & tidak mahu berbuat kebaikkan.
wanita itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap & setiap kali hendak memulakan sesuatu. Suaminya tidak suka isterinya & sentiasa mengejek isterinya. Suaminya berkata, "Asyik Bismillah,Bismillah, kejap2 Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kepada Allah SWT supaya memberikan hidayah kepada suaminya.
"suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan2mu itu", kata suaminya.
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan sejumlah wang yang banyak kepada isterinya sambil berkata, 'simpan wang ini." Isterinya mengambil wang itu & menyimpannya di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. kemudian dengan senyap2 dia mengambil wang tersebut & mencampakkannya kedalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari, suaminya memanggil isterinya & berkata "berikan padaku wang yang aku minta kau simpan itu." kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suminya dengan berhati2 dia menghampiri tempat dia menyimpan wang itu & membukanya sambil mengucapkan "Bismillahirrahmanirrahim." ketika itu Allah SWT menghantar malaikat Jibrail a.s untuk mengembalikan beg duit & menyerahkan wang itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah & mengaku segala perbuatannya, ketika itu dia juga bertaubat & mula mengerjakan perintah Allah SWT. Malah dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja..

Antara Sabar & Mengeluh



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abu Hassan yang pergi haji di Baitul haram. Di waktu tawaf tiba2 dia melihat seorang wanita yang bersinar & berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik & secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana dia tidak pernah risau & bersedih hati."

Tiba2 wanita itu mendengar ucapan Abu Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? demi Allah aku tetap dibelenggu oleh perasaan dukacita & luka hati kerana risau, & seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.
Abu Hassan bertanya, '' Bagaimana hal yang merisaukanmu?''

Lalu disuruhnya adiknya baring & disembelih leher adiknya itu. Kemudian dia ketakutan setelah melihat darah memancut keluar & dia lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan & ketika aku meletak bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba2 bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas , ditariknya periuk itu & tumpahlah air panas ke atasnya. Berita ini didengar oleh anakku yang telah berkahwin, dia pengasan sehingga menemui ajalnya. dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.
Abu Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi musibah yang sngat hebat ini?"

wanita itu menjawab , "Tiada sesiapa pun yang dapat membezakan antara sabar & mengeluh melainkan ia menemukan diantara keduanya ada jalan yang berbeza. adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik & terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni yang sia2 belaka."

Demikianlah berita diatas, 1 cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama & harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah apabila mendapat musibah 7 dugaan dari Allah SWT. kerana itu Rasullah SAW bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi;
"Tiada balasan bagi hamba-Ku yang mukmin, jika aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian dia sabar, melainkan syurga baginya". 

>>semoga bermanfaat<<

Selasa, 22 Mei 2012

Hidup Adalah Ibadah :Kejujuran saudagar permata

  pada suatu hari, seorang saudagar perhiasan di zaman Tabiin bernama Yunus bin Ubaid, menyuruh suadaranya menjaga kedainya kerana ia akan keluar solat. Ketika itu datanglah saorang badwi yang hendak membeli perhiasan di kedai itu, maka terjadilah jual beli diantara mereka.

satu barang perhiasan permata yang hendak dibeli harganya 400 dirham. saudara Yunus menunjukkan satu barang yang sebetulnya 200 dirham. Barang tersebut dibeli oleh badwi tanpa diminta mengurangkannya. Ditengah jalan, dia terserempak dengan Yunus bin Ubaid. Yunus bertanya kepada badwi yang membawa barang perhiasan yang dibeli dari kedainya tadi. sememangnya dia mengenali barang tersebut adalah barang dari kedainya. saudagar Yunus bertanya kepada badwi itu, "Berapakah harga barang ini kamu beli?"

Badwi itu menjawab , "400 dirham."
"Tetapi harganya 200 dirham sahaja, mari ke kedai saya supaya saya dapat kembalikan wang selebihnya kepada kamu." kata saudara Yunus lagi.
"Biarlah, ia tidak perlu, aku senang dengan harga 400 dirham itu, kerana harga barang ini paling murah 500 dirham jika dikampungku".
 
  Tetapi saudagar Yunus tidak melepaskan badwi itu pergi. Didesaknya badwi itu agar mengikutnya ke kedainya &  bila tiba. Yunus kembalikan wang selebihnya kepada badwi itu. Setelah badwi itu beredar saudagar Yunus berkata kepada saudaranya. "Apakah engkau tidak malu & takut kepada Allah SWT atas perbuatanmu menjual perhiasan itu 2 kali ganda?" Marah saudagar Yunus.

"Tetapi dia sendiri yang mahu membelinya dengan harga 400 dirham." Saudara Yunus cuba mempertahankan dirinya. "Ya, tapi diatas belakang kita terpikul 1 amanah untuk mempertahankan saudara kita seperti memperlakukan terhadap diri sendiri."
Jika kisah ini dapat dijadikan tauladan bagi peniaga2 kita yang beriman, amatlah tepat. kerana ini amanah di jalan rezeki yang halal. Jika semuanya berjalan dengan aman & tenteram kerana tidak ada penipuan dalam perniagaan.

Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah itu penetap harga, yang menahan, yang melepas & memberi rezeki & sesungguhnya aku harap bertemu Allah didalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntut aku lantaran menzalimi di jiwa atau diharga."

Isnin, 21 Mei 2012

1001 kisah teladan (kubur berkata2)

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a meninggal dunia maka jenazahnya diusung oleh 4 orang, antaranya:-

1 Ali bin Abi Talib (suami Fatimah r.a)
2 Hasa (anak Fatimah)
3 Husin
4 Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a

Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrin Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur,  "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yang kami bawakan kepada kamu? Jenazah yang kami bawa ini adalah Siti Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah SAW;

Maka berkata kubur, "Aku bukannya tempat bagi mereka yang berdarjat @ orang yang bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yang banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dariku (akan aku layan dia seburuk-buruknya)".

Abu Laits as-Samarqandi berkata seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan a perkara semuanya:-

1 menjaga solatnya
2 bersedekah
3 membaca al-Quran
4 memperbanyakkan tasbih, kerana dengan bertasbih, ia akan  dapat menyinari kubur dan melapangkannya.

Adapun 4 perkara yang harus dijauhi iaitu:-

1 berdusta
2 mengkhianat
3 mengadu domba (jgn suka mencucuk sana cucuk sini)
4 kencing sambil berdiri

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: "Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur berpunca dari kencing".
seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksa kubur, walaupun dia seorang alim ulama, @ seseorang anak yang bapanya dekat dengan Allah SWT. Sebaliknya kubur tidak memandang adakah orang itu miskin, kaya, atau org yang berkedudukan tinggi. Kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yang telah dilakukannya semasa hidupnya.

Jangan sesekali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yang dikemukakan 2 malaikat Mungkar & Nakir dengan cara kita menghafal.

Khamis, 17 Mei 2012

Mutiara kata

hari ini sebelum kita berkata2 sesuatu yang xbaik,
fikirkan seseorang yang xdpt berkata2 sama sekali.

sebelum kita mengeluh tentang rasa pada makanan,
fikirkan tentang seseorang yang xpunya apa pun untuk dimakan.

sebelum kita mengeluh xpunya apa2,
fikirkan tentang seseorang yang meminta2 dijalanan.

sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada dalam keadaan yang terburuk dalam hidupnya.

sebelum mengata tentang suami @ isteri kita,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah SWT untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

sebelum kita mengeluh tentang anak2 kita,
Fikirkan tentang seseorang yang kehilangan anaknya sewaktu perang.

sebelum kita menuding jari & menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tiada seorang pun yang xberdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih & hidup dalam kesusahan,
tersenyum & berterima kasihlah kepada Allah SWT bahawa kita masih hidup.. ::::: Kasih Buat Sahabat::::

Khamis, 10 Mei 2012

Cinta Buat Ibuku


Menyayangi ibuku...
Bagaikan hatiku tiada sempadan
Aliran jiwaku mengalir bersama
Arus sungai cinta ibuku...
Melalui kerikil batu-batu
tanpa sesak dan kesusahan
Oh sungguh indahnya
perasaan cinta ibuku...

Mengasihi ibuku,
Meluaskan kecilnya ruang hatiku
Menyegarkan lesunya jiwaku
Membakar semangat
yang kekadang melemahkan
Dek keringnya dari
siraman cinta ibuku...

Indahnya kasih ibu,
Apabila ia menjadi
Perangsang kepada semangat
Dan penyuntik ilham
Serta penerang obor cahaya
Kepada berliku jalanku ini...

IBU sanjungan Jiwa

kasihmu ibu mesraku rindu
Sayangmu ibu riangku selalu
Pilumu ibu rasaku sayu
Dukamu ibu laraku sendu...
Ibu,
Engkau bagai titis embun
Ibu,
Engkau gabai mawar rimbun
Ibu,
Engkau bagai dingin salju
Ibu
Engkau bagai lembut baldu
Siapalah aku tanpamu, ibu
Kosong jiwaku ketiadaanmu
Kemanalah aku tanpamu,ibu
Kesasar arahku kehilangmu..
Ibu,
Engkaulah kekasih jiwaku
Walau kemana aku pergi
Akan kukenang jasamu
Budimu mekar kekal abadi.

Selasa, 8 Mei 2012

cantik dihati ^^

**seorang wanita biasa akan kelihatan cantik.
**seorang wanita manis akan kelihatan semakin manis.
**dan seorang wanita manis akan kelihatan jauh lebih cantik, jikalau..
1) ia senantiasa menjaga iman & ketakwaannya kepada Allah SWT.
2) ia senantiasa berpegang pada sunnah & meneladani Rasul-Nya.
3) ia senantiasa menutupi auratnya serta tak berlebihan jika berhias.
4) ia selalu berbakti kepada kedua orang tuanya.
5) ia senantiasa menjaga kesopanan dalam bertutur kata.
6) ia senantiasa menjaga keindahan tingkah laku dan budi pekertinya.
7) ia senantiasa patuh & taat kepada suaminya.
8) ia juga menaruh hormat kepada yang lebih tua dan menghargai yang muda.
9) ia menjauhkan diri dan tidak suka memfitnah.
>> dan ia pandai menempatkan diri baik dalam bertutur kata serta sikap ketika bersama siapa pun & di mana pun ia berada..